Sunday, March 16, 2008

Sunday Joke

Seorang lelaki telah dimasukkan ke hospital sakit jiwa kerana dia merasakan yang dirinya ialah sebutir beras. Oleh itu dia sangat takutkan burung, kerana sangkanya burung akan memakannya.. ye lah kan, burung kan suka makan beras. Setelah beberapa penggal, doktor merasakan yang pesakit itu telah pulih dan dibenarkan kembali ke dunia luar. Tetapi, sewaktu doktor menghantarnya ke pintu pagar, seekor burung sedang berterbangan dan lelaki itu kelihatan sangat takut dan masuk semula ke dalam bangunan hospital.

Doktor merasa hairan lalu bertanya kepada pesakit tersebut:
Doktor: Eh kenapa awak lari?
Pesakit: Saya takutla doktor, ada burung kat luar tu..
Doktor: Ish, apa nak takut lagi.. Sekarangkan awak dah tahu yang awakni manusia, bukan sebutir beras?

Nak tahu jawab pesakit tersebut?
Pesakit: Ye la doktor, saya memang laa tahu, tapi burung tu tak tahu.....

heheheheheheheheheeeeeee :D ... Mari gelak ramai2...



-Joke credit to owner-

No comments: