Thursday, July 9, 2009

Mata Ku Yang Comel

masih enggan lelap.. hehehe, jangan muntah!

Tatkala ini, anak kecil ku yang comel sedang nyenyak di sebelah kiri ku, sementara papanya yang comel sedang berdengkur sepoi-sepoi bahasa di sebelah kanan ku. Aku? Terkial-terkial menaip perkataan yang terlintas di mindaku pada papan kunci telefon bimbitku yang comel.

Esok tak perlu bangun awal kerana tiada kelas pagi, malah kelas yang ada pun telah dibatalkan kerana pensyarahnya ke Moscow (hmm.. Moscow ke Mexico? Aku keliru sebentar). Tak mengapa, yang penting dah 'batal'. Walau begitu aku masih mahu ke universiti untuk menyelesaikan perkara berikut:

1. Berjumpa seorang prof, minta/rayu supaya menambah kuota kelasnya kepada 41, jadi aku boleh turut serta. Bukan sengaja daftar lambat, sistem pendaftaran on-line yang punya glitch, sebabkan aku serta beberapa lagi yang malang tak boleh login. Tapi aku respek pada sistem admin nya, yang telefon aku pukul 11.50 malam semalam, beritahu aku sudah boleh login sekarang!

2. Perlu ke pejabat keselamatan, minta pelekat kereta supaya tak lagi di tahan pak guard atau perlu buat muka 'saya staf sini' sambil angkat tangan supaya tak ditahan membawa kereta tanpa pelekat. Padahal?

3. Cari/muat turun jurnal berkaitan projek (ops! Projek apa? Padahal tajuk pun belum ada :P)

4. Petang - hantar borang ke j-pa.

Saya menulis dalam bahasa melayu sempena isu semasa, sains dan matematik dalam bahasa inggeris dihentikan. Sebagai seorang dalam aliran sains, saya sedikit kecewa. Lebih sedih bila tengok dalam berita seorang guru atau seorang bapa, saya kurang pasti, yang saya pasti dia pro keputusan ini. Yang saya paling ingat komen beliau...

"saya menyambut baik keputusan ini kerana sebagai mana yang kita sedia maklum, orang melayu memang lemah dalam bahasa inggeris"

Adoi malunya!

Maaf saya berkata, bukan ke kalau dah tahu lemah, kita cari jalan perbaikinya? Mungkin kementrian ada banyak alasan-alasan kukuh. Saya membayangkan alasan-alasan padu contohnya untuk memartabatkan bahasa melayu, supaya satu hari nanti wujud lebih banyak bahan-bahan rujukan dan penulisan sains dalam bahasa melayu, supaya satu hari nanti orang-orang bangsa asing pula yang terpaksa belajar bahasa melayu. Tapi tolonglah pakcik, bukan sebab orang melayu lemah berbahasa inggeris...

1 comment:

CATZ said...

dah dekat 2 tahun aku kuar masuk U tmpt ku bertapa now nih tanpa car sticker.Nak masuk kalau pak guard buat operasi cam pagi tadi, aku lambaikan kad metrik aku sambil senyum ala2 model..ke kehke
alasan aku, bila xde car sticker..bleh parking kat mana2 suka..hehehhee...

PPSMI dimansuhkan, tapi pembelajaran bahasa inggeris, sylibusnya, cara pengajaran dan sbgnya dikaji semula utk memperbaiki mutu bahasa inggeris.