Friday, April 2, 2010

Resepi Bergambar Bawal Sweet Sour / Masam Manis

As promised.. Resepi Bawal/Ikan masak Sweet Sour/Masam Manis.. Tapi Papa panggil masak sos :D

Bahan-Bahan:
Ikan - Sos cili - Sos tomato - Lemon juice - Bawang merah - Bawang putih - Bawang besar - Serbuk kunyit - Garam - Black pepper - Cili hidup - carrot - tomato - kalau ada nenas + capsicum + celery lagi best

Cara-cara:

1. Siang + basuh ikan dengan air asam. Then kelar & lumur dengan serbuk kunyit+garam. Serbuk kunyit saya dah habis, jadi lumur dengan garam+black pepper je.
2. Tumbuk 3 ulas bawang merah + 3 ulas bawang putih
3. Hiriskan bahan2 lain i.e bawang besar, cili, carrot & sayur2 lain kalau ada.

4. Goreng ikan. Saya guna olive oil, so sikit je dah cukup.. enuff just xnak bagi ikan melekat & kulit dia garing.

5. To prepare sauce, guna lebih minyak menggoreng tadi (kalau banyak buang sikit, kalau kurang tambah sikit) tumis bawang yg ditumbuk.
6. Masukkan sos tomato dalam 4 sudu, sos cili 3 sudu, lemon juice dalam sesudu, & air 1/2 cawan. Masukkan carrot. Tunggu mendidih.
7. Rasa sos, kalau apa2 kurang boleh adjust ikut taste masing2. Masuk semua bahan2 lain i.e. bawang besar + tomato + sayur2 lain yg ada.
8. Bila dah mendidih & sayur masak padam api. Kalau sos terkering boleh tambah air or kalau cair biar sekejap lagi so pekat sikit.



9. Tuang sos atas ikan.. Siap~

Bole guna ikan2 lain jugak selain bawal ;)


Selamat mencuba~ Kalau ada version lain boleh la share or kalau nak improve my recipe ke, feel free to comment :)


Bon Appetit!

4 comments:

fazila said...

definitely gonna try this today yum! yum!

Mimi said...

Nyam nyammm! Nak sikit!!

fabulous.farah said...

wah..tak pernah letak lemon..boleh try..kalo farah tambah sos tiram jugak sikit

Ms Lola said...

ok, i nak masak ni!!! tp i nak try guna pineapple in can