Sunday, July 18, 2010

Bila Izrail Datang Memanggil..

Sekadar berkongsi..

Excerpt from Misteri Alam Kubur, adapted from Kitab Syeikh Daud Al-Fatani.

Diriwayatkan daripada Ibn Umar RA, katanya..

Apabila Malaikat Maut selesai mencabut roh orang mukmin, maka berdirilah dia di atas tangga pintunya. Jika penghuni rumah itu berteriak, dan ada yang menampar muka, menaburkan rambut kepala, serta merintih-rintih dalam kebinasaan, maka berkatalah Malaikat Maut melihat kekejutan di kalangan ahli keluarga si mati itu:

"Demi Allah, aku tidak kurangkan sedikitpun umur seseorang daripada kamu, dan aku tidak hilangkan sedikitpun rezeki daripada kamu, aku tidak menganiaya seseorang pun daripada kamu. Jika kamu mengadu dan marah kepadaku tanpa alasan yang sebenarnya, maka sesungguhnya kerjaku ini demi kerana Allah. Aku ini hanyalah hamba-Nya yang diperintahkan. Jika rintihan kamu disebabkan berlakunya kematian ini, maka itu adalah hal yang terpaksa dilalui, tetapi jika rintihan kamu itu kerana tidak puas hati dengan ketentuan Tuhan kamu, maka itu bererti kamu kufur dengan-Nya.

Sesungguhnya aku akan kembali lagi kepada kamu, sehingga tiada seorang pun daripada kalangan kamu yang aku tinggalkan.
"


Wallahualam..

2 comments:

Akak Ratu said...

salam mimi, akak baru tahu today and salam takziah dr akak sekeluarga buat mimi dan keluarga... semoga mimi dan keluarga tabah... Al Fatihah utk Allahyarham semoga Allahyarham ditmptkan di kalangan mereka2 yg beriman dan beramal soleh... sabar dik and take care

Mimi said...

Thanks Sis! Appreciate it ;)