Monday, July 19, 2010

Hampir Genap 1 Minggu Abah di Alam Barzakh......

Today mark a week after the passing of my dear father, our beloved father. Alhamdulillah, kami telah berhenti menangisi pemergiannya. Tapi melupakannya jauh sekali. Setiap kali teringatkannya ku sedekahkan Al-Fatihah dan jika berkesempatan Yasin. Setiap kali selepas sembahyang ku doakan kebahagiaanya di sana, Insyallah.. InsyAllah, he will never ever ever leave our hearts. Infact the memories of him grow stronger as days and days passed by.

My family, my sister, my brothers, and myself has grown sooo much from his passing, in so many ways, Alhamdulillah. Ramai yang bertanya dan mengatakan keluarga kami nampak tenang dalam menangani pemergiannya, Alhamdulillah. Yang pasti kekuatan yang ada pada kami bukan milik kami tapi anugerah yang Esa. Mungkin berkat dari doa-doa Arwah Abah yang tidak pernah putus mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga sepanjang hidupnya, Wallahualam. Apapun syukur Alhamdulillah..

Setelah Abah pergi, aku membaca buku-buku mengenai alam kubur untuk memahaminya. Aku mahu tahu apa yang sedang dilakukannya sekarang di sana. Insyallah dia pergi sebagai orang Mukmin. Setelah roh orang Mukmin terpisah dari badan, malaikat membawanya naik ke langit mengadap Allah yang Esa. Kemudian rohnya turun semula melihat jasadnya di mandikan, di kafankan, di sembahyangkan, dan di tanam. Setelah itu rohnya disatukan semula bersama jasadnya dan ketika itulah akan disoal oleh malaikat Munkar dan Nakir...

"Siapa Tuhan kamu, apa anutan kamu, siapa nabi kamu, dan apa kiblat mu?"

Ketika itu tiada apa yang dapat membantu dan menemani kita kecuali amal ibadat yang telah dilakukan di dunia... Pintu syurga dan pintu neraka akan dibuka maka akan dimasukkan ke salah satu pintu berdasarkan amal ibadat kita, Wallahualam.

Sesungguhnya setelah membaca buku-buku itu aku sendiri yang terpukul. Ya Allah, sangat sangat banyak dosa-dosaku. Ampunkan dosa-dosa ku. Terimalah taubat ku. Sesungguhnya aku sangat sangat malu kepada Mu. Aku sangat takut akan siksa-siksa Mu. Ampunkan dosa dosa ku Ya Allah. Aku sangat lalai dan leka, leka dengan kebendaan dan kesenangan dunia. Di mana persiapan ku untuk ke alam seterusnya? Aku harap tidak terlambat untuk bermula daripada sekarang Ya Allah. Kawan-kawanku, maafkan aku kerana banyak melalaikanmu.. Marila kita bertaubat, Marilah kita mulakan persiapan dan bekalan ke alam akhirat dari saat ini. Moga-moga taubat kita diterima Allah dan dijauhkan dari siksa api neraka (Nauzubillah). Insyallah, aku bukan lagi aku yang dulu, Insyallah aku mahu jadi lebih baik daripada aku yang dulu. Insyallah keluarga ku akan disatukan semula di akhirat kelak. Amin.

Bagi yang bertanya di mana kami mencari kekuatan menghadapi dugaan yang amat besar ini? Terjemahan Firman Allah SWT di dalam Al-Quran surah al-Isra' ayat 82:

"Dan Kami menurunkan daripada al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman"

Memang tipu kalau ku katakan air mata ku telah kering, sesekali pasti terasa sebak dan bergenang kerana rindukan Arwah Abah, tapi inilah dugaan Allah yang perlu diharungi mahu atau tidak, perlu kuatkan semangat.. Bila rindu ku bacakan Al-Fatihah dan Yasin, Insyallah jiwa tenang semula..



Akhir kata buat kawan-kawan (dan diriku juga!!), Ingatlah hidup di dunia hanya pinjaman, untuk kita beramal ibadat mebuat persiapan dan bekalan di akhirat kelak, alam yang kekal dan abadi. Kita bekerja dan menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan hanya kerana Allah bukan kerana harta benda dan kekayaan. Jagalah Ayah dan Ibu sementara masih ada kesempatan, supaya tiada lagi penyesalan setelah mereka pergi...



p/s - i know ramai yang tertanya bagaimana Arwah Abah pergi.. Insyallah akan ku catatkan panjang lebar di sini satu hari nanti buat ingatan dan pengajaranku dan adik-adik. Dia pergi cukup senang, sakitnya tak sampai 12 jam. Pagi itu kami bersarapan bersama Arwah Abah, emak, aku dan Awisy. Arwah Abah yang drive dan jemput/hantar aku dan Awisy ke rumah. Siapa sangka itu salamku yang terakhir dengannya di sini? Kenangan manis yang pasti tersimpan dalam hati sampai bila-bila...


Segala yang baik datang daripada Allah Taala dan yang buruk datang dariku sendiri..

8 comments:

honeylanz said...

Al-Fatihah dan salam takziah dari kami. tabahkan hati mimi.

saudah said...

salam takziah dari saya, semoga saya juga akan tabah dalam menghadapi pemergian orang tersayang.

Anonymous said...

salam kak mimi,ni diana adik kak mar,sorry to hear bout ur lost,takziah dr kami sekeluarga dr muar,keep holding on and be strong,orang2 yang baik tempat dia di kalangan hamba2NYa yg baik juga...and i believe ur father tergolong dlm golongan kekasih Allah..

Anonymous said...

Salam Mimi,
saya nisha yg mertua saya jiran Mimi plg hujung tu..(dulu ada drop komen juga)..
sbnrnya hari2 baca blog Mimi,
kali ni terpanggil utk komen..
sbb selalu tgk Mimi letak gambar family time makan2,
tgk2 Allah lbh menyayangi ayah Mimi..
moga2 arwah ditempatkan dikalangan mereka yg beriman, insyaAllah..

*suami saya ada hadiri tahlil malam pertama aritu, semoga Mimi tabah selalu..

yatie sawanila said...

Al-Fatihah dan salam takziah dari saya

aizuraawang said...

mimi, baru baca. salam takziah to you and your whole family. al-fatihah.

Anonymous said...

assalammualaikum,ni wani kawan izwan,baru tahu,salam takziah,semoga rohnya ditempat org beriman...amin

Mimi said...

Everyone..
Thanks for ur kind wishes and doa-doa.. Diana, Nisha, and Wani, thanks for reading my blog! Segan pulak u guys baca i merapu-rapu kat sini, hehe ;)