Wednesday, July 21, 2010

Lagi Lagi Melankolik

A good friend of mine wrote on fb wall..

"Mimi (bukan nama sebenar, hehe).. Apa khabar mu di sana?"

I replied..

"Kabare warasss, cuma masih in a melancholic mood"



Yups melancholic, dats the current state of my mind right now. Redha dengan permergian Abah, tapi masih terkenang-kenang, teringat-ingat, asyik terimbas-imbas memori dengannya. Rindu. Sangat-sangat rindu. Sangat sangat sangat rindu. Ada hari aku bangun dengan perasaan tenang dan penuh tenaga, ada hari aku bangun dengan perasaan sedih dan lesu.. Macam berselang seli gitu..

My family is still adjusting with this new life. Maklumla abah pergi tiba-tiba bak disambar helang. Selama ini adakala kami cukup dependent dengan Abah. Aku yang dah tua ni pun ada hari abah yang hantar pergi kerja. Sejak mula cuti belajar, hampir setiap hari keluar makan pagi dengan Abah, Emak, dan Awisy. Dats how I used to kickstart my day. Petang pulak singgah lagi rumah abah&emak makan malam sama-sama. I guess not anymore.. Cuma tinggal kenangan manis. Kenangan yang paling manis. Last Tuesday as me and my mum finish our Subuh prayer, (waktu tu jenazah Abah ada di bawah) I said to my mum..

"Mak, semalam waktuni la Abah call ajak Along breakfast kan? Harini dia dah tak ada.."

Takdir Ilahi penentu segala..

Apapun aku tak pernah menyesal. Memangla belum puas berbakti dengannya. Tapi aku cukup syukur kerana kukira kutelah buat keputusan yang tepat. Lepas graduate cari kerja yang dekat dengan keluarga. Seminggu paling kurang sekali dua mesti bertemu muka & makan bersama-sama. Sampai pagi Abah pergi pun sempat lagi kami breakfast bersama. Alhamdulillah..

Buat adik-adikku, ku pesan, buang segala perasaan terkilan jauh-jauh. Hubungan kita dengan Abah belum terputus. Setiap hari sedekahkan doa buat hadiah untuknya di sana. Insyallah, dia pasti terima... Insyallah..


Something funny.. I like to recite YaSin while reading the translation.. Terjemahan Surah Yasin ayat 55, 56, dan 57..

"Sesungguhnya penghuni Syurga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukan (Mereka). Mereka dan isteri-isteri mereka dalam tempat yang teduh, berteleku di atas persada-persada. Mereka memperoleh di dalam syurga itu buah-buahan dan memperoleh apa sahaja yang mereka pinta"

I told my mum about it.. And she remarked..

"Dah berapa ekor kambing la yang dia makan agaknya.." (jokingly)

Hehe, memang kambing favourite abah, tapi kitorang selalu marah bila dia makan (but being Abah dia mesti makan jugak, at least sikit :P)..


Akhir kata before aku pen-off for tonite, ingin aku share SMS ringkas balasan Ust. Haron Din yang waktu abah pergi, dia berada di Mekah..

"Amat beruntung bila musibah diterima sebagai dugaan dari Allah dan Allah pasti memberi balasan terbaik dunia dan akhirat. Amin"


Doakan kami terus kuat menghadapi dugaan ini. Insyallah...