Friday, July 23, 2010

Rawatan Buat Hati-Hati yang Keras..

1. Membaca Al-Quran dan Zikrullah

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman"
(Surah Yunus: ayat 57)

note to myself: If I can finish a whole story book in a day, i can also read a PAGE of al-Quran a day! Janji dengan diri sendiri yang mesti ditepati.


2. Merendah diri dan menangis di hadapan Allah

"Ya Allah, terimalah taubatku, bersihkanlah dosaku, kabulkan doaku, kukuhkan hujjahku, tajamkan lisanku, berilah hatiku hidayah dan singkirkan noda hitam dari hatiku."

note to myself: Imagine today is my last day, Imagine maut akan menjemputku pada hari esok.. Imagine that tatkala berdoa pada Allah. If this couldnt humble me to the very core, I dont know what will..


3. Menghadiri Majlis Ilmu

Menghindari majlis-majlis buruk. Mengambil teladan daripada hamba Allah yang soleh. Ilmu adalah ibadah bagi hati.

Sabda Rasulullah SAW..

"Barangsiapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, nescaya Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga. Dan tidaklah suatu kaum berkumpul dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan mempelajarinya, kecuali akan diturunkan ketenangan kepada mereka dan akan diliputi rahmat Allah, serta malaikat akan menaunginya. Allah akan sentiasa mengingati mereka yang di dalamnya"

note to myself: The ultimate role model is Rasulullah SAW!


4. Mengingati Mati

Banyaklah mengingati mati yang menjadi pemusnah bagi kenikmatan. Rasulullah SAW selalu mewasiatkan para sahabat untuk mengingati mati. Para ulama berkata..

"Zikrul maut dapat mencegah dari perbuatan maksiat, melunakkan hati, menghilangkan rasa cinta terhadap dunia dan sedih terhadap musibah. Kerana kematian adalah peringatan dan pemisah manusia dari segala yang dimilikinya"

note to myself: Hanya amalan yang menemankanku keseorangan di dalam kubur nanti. Bukan harta, bukan kebendaan. Must know my priority.. Ya Allah lindungi aku dari azab kubur.


5. Menyaksikan Sakaratul Maut

note to myself: I/We are beside Abah tatkala dia berhadapan dengan sakaratul maut. Insaf. Nobody could run from it. So might as well make my preparation from now. Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosaku, terimalah segala amalan-amalan ku. Hidup dan matikanlah ku sebagai hambamu yang beriman.


6. Menziarahi Kubur

Amalan yang akan mengubah kubur menjadi sebahagian dari taman syurga atau sebaliknya dari jurang neraka.

note to myself: Pilihan di tangan anda :)




Quoted from Buku Malam Pertama Di Alam Kubur (except note to myself)...

4 comments:

honeylanz said...

meremang bulu roma baca. takut akan azab / siksaan kubur

fabulous.farah said...

mimy. thanks for sharing. =)

Nia said...

Salam ziarah Mimi,

Sharing is caring.
Mengingati mati menghalang kita dari berbuat dosa..insha' Allah!

Mimi said...

Has, Farah, & Nia..
Thanks for reading!