Saturday, August 14, 2010

Berhenti Mengejar Harta!


"Sesungguhnya seorang wanita yang tinggal di sebuah pondok, beribadah dengan Tuhannya, mendirikan solat 5 waktu, dan berpuasa di bulan Ramadhan, merupakan wanita yang paling berbahagia dari wanita yang tinggal di dalam istana sambil dikelilingi dayang-dayang, serta dimeriahkan dengan pesta yang dipenuhi dengan hidangan.

Sesungguhnya, seorang mukminah yang berada di sebuah rumah beratap rumbia, dengan roti dan gandum, air dari teko, namun bersamanya ada mushaf dan tasbih adalah lebih bahagia daripada wanita yang hidup di apartmen tinggi dengan bilik-bilik mewah, namun dia tidak mengenal Tuhannya, tidak berzikir mengingatiNya, dan tidak mengikut sunnah RasulNya.

Sesungguhnya fahamlah anda makna kebahagiaan. Kebahagiaan bukan dalam definasi yang sempit dan menyesatkan. Ramai orang menyangka bahawa apa yang difikirkannya adalah benar. Mereka menyangka bahawa kebahagiaan adalah dolar, dinar, dirham, rial, (ringgit!), katil yang empuk, pakaian yang indah, makanan yang enak, minuman yang lazat, dan kenderaan yang mewah. TIDAK!

Sesungguhnya kebahagiaan yang hakiki terletak pada kepuasan hati, kesenangan perasaan, ketenangan jiwa, kegembiraan rohani, kelapangan dada, budi pekerti yang baik, akhlak mulia yang diiringi dengan sifat menerima dan merasa cukup dengan anugerah yang ALLAH kurniakan."


Petikan ini dipinjam daripada my currently favourite book, JANGAN BERSEDIH: Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia.. Karangan Dr. 'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni.. Very-very recommended book!

Kalau selalu kita membaca buku-buku motivasi dari Barat, apakata baca buku ini, self motivation in a Islamic way. Sungguh jelas sebahagian pandangan kita telah terpesong daripada yang sepatutnya :( I'm actually referring to myself, after 30 years baru tersedar. Nasib baik Allah sedarkan.

Apa matlamat sebenar kita? Aku selalu lupa yang hidup di dunia cuma sementara. Peluang yang Allah berikan untuk kita beramal dan membuat bekalan SEBANYAK-BANYAKnya, mendapatkan keredhaan, mencari kebahagiaan sebenar di alam seterusnya, alam yang abadi. Mencari syurga! Sebab itu selalu diingatkan kita hidup di dunia kerana Allah bukan 'kerana-kerana' yang lain. Hidup dan mati kerana Allah. Kita beruntung kerana dilahirkan sebagai seorang Islam, dan biarlah mati kita MASIH sebagai orang Islam yang sejati..


Insyallah!



1 comment:

J.L said...

salam kenal. ni kali ke 2 i bac blog review pasal buku ni. hmm belum sempat mencari lagi..