Thursday, November 4, 2010

Hidup Ini Hanya Pinjaman...

My beloved mother in law, Rosiah Binti Md Derus telah pulang ke rahmatullah pada 2 Nov 2010. Innalillah... She ws one of the most selfless person i've known, always putting everyone else before her. Pergi pada umur 60 thn, we thank Allah for 'loaning' her to us, walau sedih kami redha dengan pemergian nya kerana setiap yang hidup pasti akan mati, TERMASUKLAH diri sendiri.

Indahnya Islam kerana kita mengetahui ini BUKAN perpisahan abadi, InsyaAllah pasti akan bertemu semula satu hari nnt.. Doaku setiap hari semoga ahli keluarga ku dikumpulkan semula di akhirat kelak sebagai ahli-ahli syurga. Ya Allah lindungi kami daripada azab kubur dan siksa api nerakamu. Ikatan antara kami tidak putus walau Ma kini di alam barzakh kerana salah satu peninggalan yang paling utama ialah doa anak-anak yang soleh buat ibu dan ayah yang telah pergi.

"Ya Allah ampunkan segala dosa-dosa mereka, berilah ganjaran atas segala amalan mereka. Makbulkan doa kami Ya Allah, lindungi mereka daripada azab kubur dan siksa nerakamu. Tempatkan mereka di taman syurga mu, tempatkan mereka dikalangan orang-orang yang soleh. Amin"

2 comments:

naza said...

Takziah to you and family!! semoga tabah!!take care!

Joy said...

Salam takziah dari kami