Thursday, January 20, 2011

Bicara Midnight

Baru selesai tahlil buat arwah abah, arwah ma, serta doa selamat buat kami. Special nya kali ini, majlis zikir dan tahlil diadakan atas permintaan sahabat-sahabat rapat abah di Darussyifa. Minggu lepas bf abah (hehe) Ustaz Z inform emak yg Pengerusi serta beberapa rakan mereka yg lain berhasrat utk datang ke rumah utk majlis zikir dan tahlil. Pucuk dicita ulam mendatang, bak kata aku pada emak..

"tak sangka kan mak, kita ni malu nk ajak diorg.. Tengok2 diorg yg offer diri.."

Kedatangan mereka kami sambut dgn tangan terbuka, dan kesempatan diambil utk turut menghadiahkan tahlil tersebut buat ibu mertuaku tersayang. Diam tak diam dah beberapa bulan mereka pulang menghadap Ilahi, abah 6 bulan dan ma 2 bulan lebih. 'Masa' itu bila ditunggu merangkak bila ditahan dia terbang. Majlis tahlil malam ini dimulakan pada waktu Maghrib. Solat Maghrib berjemaah, tahlil dan Yasin, zikir dan doa, dan diakhiri solat Isya' berjemaah. Sebelum jamuan Ustaz Z memberi sepatah 2 kata.. Antaranya terima kasih pada hadirin yg dtg, pada kami yang menyediakan juadah...

"Allahyarham adalah seorang yang sangat cintakan Darussyifa.. Setelah dia pulang ke Rahmatullah kita mengingatinya dengan mengadakan majlis tahlil seperti ini untuk menghadiahkan bacaan Yasin, zikir, dan doa buatnya. Buat ahli keluarga Allahyarham, sekiranya ingin mengadakan majlil tahlil jangan malu-malu untuk menjemput kami, Insyaallah kami akan datang. Hubungan ini jangan diputuskan, biarlah dia berterusan dan berpanjangan.."

diikuti dengan pesanan penaja@tazkirah untuk adik-adik lelakiku heheh..

Macam tau-tau je isihati kami. Memang kami malu nak selalu sangat menjemput mereka, dan kami maklum akan jadual mereka yang sangat padat, sebab dulu abah pun sama. Hari ni mengajar di Melaka, kemudian ke Kedah, lepastu ke Brunei, Kelantan etc etc.. Semua dilakukan secara percuma kerana apa yang dimaukan bukan balasan dunia, tapi ganjaran di akhirat kelak. Aku sendiri pernah merungut kerana risau Abah terlalu penat travel sana-sini. Jawapan abah pada aku (his exact words)..

"itulah bekalan Abah nanti.."

Aku terdiam.

Dan siapa sangka dia pergi 2 minggu selepas itu.


Tahun ni giliran aku menuntut di Darussyifa. Ada masa aku tanya diri sendiri, untuk apa? Ikhlas ke? Jawapan paling straightforward dan mudah, kalau bukan untuk merawat orang lain tapi untuk diri sendiri dan ahli keluarga. Walaupun kami telah biasa didedahkan dengan beberapa amalan seperti pendinding diri, ayat penggerak yang diajar secara tidak langsung oleh abah, peluang untuk berguru dan menghadiri kuliah mingguan yang disampaikan sendiri oleh Tuan Guru tak wajar disia-siakan. Tapi jawapan yang paling tepat sebab apa aku mendaftar diri ialah seperti apa yg diucapkan Ustaz Z, kerna cinta Abah yang mendalam pada Darussyifa. Aku perlu teruskan. Insyaallah sebab-sebab yang lain akan datang kemudian. Cuma perlu ikhlaskan hati.

Akhirnya Aku nekadkan diri, minta kebenaran Papa. Green light. Isi application form. Hadir interview. Malu sebab rukun solat aku hanya ada 12 walaupun dah dua kali ulang, kes gabra. Alhamdulillah lulus. Hadir kuliah pertama Isnin lalu. Isi-isi kuliah yang disampaikan Tuan Guru padat walaupun itu cuma sessi perkenalan. 2 jam langsung tak terasa. Sebahagiannya dah tau tapi diperingat, sebahagiannya baru dan sangat berharga. Syarat pertama menjadi pelajar Darussyifa - niat kerana Allah Taala. Ikhlas kerana Allah Taala. Untuk menjadi orang yang dimakbulkan doanya, mesti menjadi seorang yang disayangi Allah Taala. Dengan melakukan suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Dengan selalu mengingati nya. Bagaimana? Melalui ibadah zikir. Kepentingan doa dan doa sebagai senjata orang mukmin. Banyak lagi dan itu baru pengenalan. InsyaAllah kalau ada permintaan akan aku kongsi.

Moga-moga usaha aku direstui dan dirahmati Allah. Moga Allah menerima segala amalan abah dan ma serta mengampunkan dosa mereka. Moga mereka ditempatkan dikalangan para solihin.

Amin

4 comments:

Kak Inni said...

salam mimi, lama tak komen kat blog mimi.... klu la mimi free harap sgt mimi dpt citerkan pengalaman mimi setiap kali kelas kat darussyifa ;-)

Mimi said...

Salam K Inni :) InsyaAllah, will share something everyweek. Btw, K Inni yg mana eh? sorry lupa!

Wallcraft said...

I just came across your blog and wanted to say that I've really enjoyed browsing your blog posts.

I believe your reader's might be interested to have a free wall decal to decorate their kid's room. Am doing a lucky draw right now and your reader could win a FREE beautiful wall decal of their choice from our latest catalogue.

For more info, pls visit http://www.wallcraftstore.com/

Anonymous said...

Ayra...aku pon dah lama tak baca your blog but very happy to read your new changes...which I believe will also inspire other people, me for example...ada masa, share2kan ilmu..lebih berkat:)..aku doakan yg terbaik for u & family:)semoga apa yg dikongsi juga akan membawa kebaikan buat semua!farah ayuza