Wednesday, January 11, 2012

Air Mata Rindu

Eh tadi macam banyaak sangat nak cerita, bila start menulis blank kejap.. Dah almost hilang skill menulis blog nampaknya.

Lately hati selalu terasa sayu. In a good way. Alhamdulillah, ahad lepas hari pengijazahan Darussyifa Bangi bagi batch 23, and i am blessed to be one of them. Best sangat. Gonna be one of my most memorable experience. InshaAllah, will write in detail someday. Then, kenapa sayu? Of course terbayang arwah abah hadir bersama ke majlis tu. Terbayang senyuman dia yg sangat sangat dirindui. Terbayang mencium tangan dia dan menunjukkan ijazah yg diperolehi. Terbayang ambil gambar bersama dia dan emak. Ya Allah, semoga Allah memberkati segala usaha ku, semoga ganjaran nya telah sampai kepadanya. Buat ibu mertuaku juga. Ini hadiah dari anak yg sangat merindui mereka. InshaAllah..

Sebenarnya pengajian tahun lepas disokong jasa ramai. Paling utama Emak.. Sabarnya memaksa tatkala aku malas nak ke kelas. Eh korang ingat aku sentiasa rajin ke? Cuba imagine kelas akademik kat uni pun kadang2 kita ponteng, ini pulak kelas agama@majlis ilmu. Berapa ramai syaitan yang goda, macam2 alasan dia bisik kt telinga, hehe. Kedua of course lah Papa yang beri aku kebenaran and voluntarily menjaga Awisy setiap malam Isnin. And Diddah n Kade yang selalu jadi driver aku n emak so that kitorg takde masalah parking bila sampai dah azan Maghrib. Tapi kini lepas tonton Ketika Cinta Bertasbih aku baru tahu yang mendahulukan orang lain dalam soal ibadat hukumnya makruh. Semoga suami dan adik2ku diberi peluang oleh Allah untuk turut belajar ilmu perubatan Islam selepasni, dan sama2lah kita hadiahkan pahalanya pada yg telah pergi; disamping bekalan buat diri sendiri. Ketiga buat Ust Zul, kawan baik arwah abah. He is the example of kawan dunia dan akhirat. Selepas abah dijemput Ilahi, dialah yg antara paling banyak membantu dan mengambil tahu hal aku dan adik2. Tanpa mengharap balasan. Untungnya arwah abah dikurnia sahabat seperti dia. Aku doakan persahabatan mereka hingga ke syurga. InshaAllah. Mesti ada lagi sesapa yg terlepasni, kalau aku xtulis kat sini jangan terasa. Mungkin aku terlepas pandang, tapi Allah tak pernah terlepas pandang. Pasti ganjarannya ada diakhirat nnt, akuni cuma mampu ucap terima kasih. Tadi baru ustaz ajar, pengetahuan Allah itu boleh diibaratkan walau satu daun gugur dari sebuah pokok pun ada dalam pengetahuan Allah. Bayangla berapa banyak daun dalam bumini, dan berapa banyak yg gugur dalam satu saat. Tak satupun terlepas drpd pengetahuan Allah Taala. MasyaAllah!

Oklah, will end here for tonite. Nak quote pesanan Tuan Guru Ustaz Haron Din:

"Ingatlah, andai sepanjang hidup ini anda mengejar akhirat, dunia pasti mengejar anda.
Tetapi andai anda mengejar dunia, akhirat pasti meninggalkan anda..."


Baca betul-betul, pahami dan semat dalam hati.

Wallahualam..

No comments: